Thursday, March 3, 2011

Kembara Johor

Selesai tugasan di DDM, kami bertolak ke PPA Muar. Hujan di sepanjang perjalanan kami. Ablu Lo Lohin memandu dengan berhati-hati. Bagi hilangkan mengatuk, si Apis melayannya berborak. Aku yang kepenatan asyik merakamkan gambar-gambar yang menarik.   
Hujan masih lagi mencurah-curah. Nak layan mata pun..., sian kat Ablu Lo Lohin lak. Menarik ja tenggok
tempat orang. Dah lama aku tak ke Muar ni. hampir 20 tahun yang lalu.... 

Terasa lapar lah pulak. Si Apis dan Ablu Lo Lohin tu dah mula bercerita tentang Mee Bandung Muar...wah kecor air liur ku...takde cerita lain..., makan! makan! memang betul2 hebat my team ni bab2 makan.

Selepas mendapat kunci penginapan daripada pegawai IO PPA Muar, kami pun terus mencari tempat tersebut. Nak berehat dan mandi. Pastu kami nak pergi makan Mee Bandung Muar. Jauh juga tempat penginapan PPA Muar ni, lebih kurang 2 km dari PPA Muar. Sesampai ja di tempat tersebut....., wah misteri lah pulak tempatnya.....

Tempat penginapan ni rupa2nya bersebelahan dengan dewan PPA Muar. Selesa juga tempatnya walaupun misteri....

Ini lah biliknya. Tersusun kemas. Kami terus mencari tempat masing2 untuk lepaskan penat.

Petang masih lagi bersisa. selepas kami berehat dan mandi....., kami keluar lah ke Pekan Muar. Tujuan kami yang utamanya, nak mencari restoren mee bandung Muar. Akhirnya dapat kami temui juga kedai tersebut, apa lagi.....jom makannnnnn.....Sedappp

Pembuka selera dengan mee bandung...di sulam dengan air kegemaranku...Nescafe benggggg...Sempat lagi rakamkan gambar Ablu Lo Lohin..

Bersebelahan dengan kedai mee bandung tu.., terdapatnya kedai murtabak Singapore..Si Apis dan si Ablu ni sibuk lak nak makan murtabak ni. Aku memang dah tak larat dah nak makan, tapi dorang masih lagi hebat sehingga menjilat pinggan...
Memang sedap murtabak Singapore ni. Aku dapat merasanya sikit ja. dah tak larat nak makan lagi...

4 comments:

  1. perghhh....power tu mee bandung muor mmg sedap...murtabak tu beli kat mana? kat tanjung agas ke kat bandar muor??

    ReplyDelete
  2. mmg sedap power mee bandung muar...,murtabak tu kat restoren sebelah kedai mee bandung muar tu....kat bandar muar

    ReplyDelete
  3. Ingatkan sape le si ABLU LO LOHIN tu....suspen2......he3.....

    ReplyDelete
  4. si rahim VI hehehehe. tu ablu lo lohin...

    ReplyDelete