Monday, February 28, 2011

Rekreasi Luar: PEMILIHAN KASUT TREKKING

Rekreasi Luar: PEMILIHAN KASUT TREKKING: "Adalah diterima semua penggiat rekreasi bahawa pemilihan kasut antara faktor penting dalam merealisasikan kejayaan sesuatu aktiviti rek..."

Kembara Selatan

Perjalanan kami bermula pada 25hb. Jan yang lalu. Selepas makan kat Separa Bukit, kami bertolak lah ke PS untuk lokasi yang pertama sesi fotografi. Team untuk kali ini terdiri dari Ablu Lo Lohin, Apis dan aku.
Perjalanan kali ni, dalam musim hujan. macam mana lah nanti nak shooting ni... 






Kami di iring oleh Pn. Zura dan Tn. Kolek untuk sesi fotografi ni. Bermula pukul 10.00  pagi sehinggalah pukul 1.00 tghari baru lah siap sesi tersebut. Penat sangat2 lah. Misi kat Seremban ni dah berjaya untuk dapatkan aktiviti SKM.








Ini lah juadah yang Pn. Zura hidangkan untuk kami. Memang membuka selera kami semua, tapi sayangnya aku tak dapat nak makan banyak...aku dah makan kat Separa Bukit. Masih lagi kenyang. Tenggok Apis dan Ablu Lo Lohin selera gajah...masih mampu lagi habiskan makanan tu....hehehehe. hebat lah my team...  






Selesai makan kami terus bertolak ke Melaka. Destinasi kami kali ni ialah Galeri Ayer Keroh. Sesi fotografi kat galeri ni tertumpu pada produk kraf.










Bangunan Galeri yang tesergam indah. Mempunyai rekabentuk kesultanan Melayu Melaka. Aku suka sangat tenggok rekabentuk dahulu kala. Nanti aku akan abadikan pelbagai rekabentuk yang ada di negara kita ni dalam kembara ku yang akan datang... 
    






Suasana dalam galeri amat menarik. Terpegun aku pada satu sudutnya..Set kerusi rotan. Seingat aku lah, pada zaman kanak2 dulu design camni lah set kerusi ruang tamu. Kini dah timbul balik design yang dulu2....














Kerusi santai bersama famili sambil makan keropok lekor cecah sos "cok'let". Sedap terangkat....
Mengimbau kenangan masa aku kecik2 dulu. Terima kasih lah pada pengusaha nya yang masih lagi meneruskan rekabentuk zaman2 60an - 70an.










Pada malam nya aku keluar makan dengan famili ina kat Malim Ikan Bakar. Sebelum makan, si abang siap cakap lagi "kita pergi solat maghrib kat mana?". Dalam hatiku ni terdetik, bagusnya anak2 kecil ni...tidak lupa solat. Pandai mendidik anak sedari kecil untuk terus beribadat kepada Allah.







Inilah Masjid Al-Alami, MITC tempat kami solat maghrib berjemaah sebelum kami menjamu selera kat Malim Ikan Bakar.

Hidangkan siakap 3 rasa telah menjadi pilihan untuk makan malam kami pada hari tu. Tenggoklah, ikan dah tinggal tulang. Terima kasih ye ina. 


Pagi 26hb. Jan. aku bersama team terus ke DDM untuk sesi fotografi aktiviti penternakan, batik dan pertanian. Sesi bermula di tempat penternakan kambing. Kambing yang diternak disini ialah terdiri dari kambing import jenis kambing Boer.

Sesi fotografi kali ini musim hujan. Kena berhati-hati takut rosak lak kamera dan peralatan2 yang lain.

Terdapat kambing tempatan untuk dikacukan dengan kambing jenis Boer ni. Kambing yang dalam foto ni, merupakan kambing betina dan tunggu masa untuk lahirkan anak. Kambing yang bunting akan diasingkan supaya tidak berlaku kecederaan.

 Selepas itu, kami telah dibawa oleh Tn. Ramli untuk sesi fotografi di tempat perusahaan batik. Kebetulan kawan aku lak yang jadi tenaga pengajar kat situ. Asri merupakan kenalan lama aku. Sebelum dia bekerja di tempat sekarang ni, masa kat kampong dia telah bekerja di kilang batik. Banyak corak-corak batik tradisional yang Asri lakarkan pada kain2 tersebut. 

 Corak-corak batik yang dilakarkan dengan pensil terlebih dahulu sebelum dicanting. Selepas dicanting barulah diwarnakan dengan teliti.  

 Hasil corak yang dihasilkan oleh Asri. Masih tertumpu kepada corak-corak tradisional. Memang tampak keasliannya dan amat menarik.

Selesai sesi fotografi di tempat batik, kami di iring oleh Tn. Ramli ke tapak pertanian. Luas juga tempatnya, kalau tak silap aku lebih kurang 4 hektar.

Dalam kehujanan tu, aku tertarik dengan kegigihan 'incharge' tapak pertanian ni. Dorang gelarkan 'incharge' tu sebagai sarjan potato. Aku lupa lak nak tanye nama penuhnya...hehehe. memang hebat sarjan potato ni, hujan tidak menghalang untuk dia teruskan kerja2 yang di pertanggungjawab kan kepadanya.  

Kebun mentimun yang sedang subur dan keluarkan hasil beberapa kg untuk setiap pagi masa memetik.


Aktiviti penternakan ayam kampong juga ada dijalankan di sini. Kalau singgah kat sini, terkempunan jika tak dapat makan hidangan daging ayam kampong. Terdapat lebih kurang 200 ekor ayam kampong diternakan di sini.

Disini juga terdapatnya tempat penetasan anak2 ayam dan juga itik.

Selain dari dedak, ternakan ini juga diberikan makanan yang diproses sendiri dari pelbagai sumber termasuk lah daripada ikan, lebihan makanan dan sebagainya.
Ayam-ayam yang telah matang akan disembelih dan diproses di sini sebelum dijual. Jualan ayam-ayam kampong di sini adalah mengikut tempahan daripada pelanggan tetap.  
Setelah seharian menjalani sesi fotografi, tiba lah masa untuk aku dan kawan2 beredar dari DDM. Penat teramat sangat meredah hujan, becak dan kawasan yang berbukit.