Tuesday, January 11, 2011

Persiapan Kembara

Tahun 2011 ni aku mulakan dengan kembara ku ke selatan. Aku ditugaskan untuk menggambil gambar tentang produk, aktiviti, galeri dan pelbagai lagi. Aku ke selatan bukan kesorangan, tapi bersama rakan sejawatku iaitu apis, zura dan ablu lu lohin. Aku amat berharap sangat2, misi kali ni akan dapat memenuhi citarasa ku dan kehendak boss ku. Aku amat suka dengan tugasan kali ni walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah nanti....tunggu dan lihat..apa nak jadi, apa nak jadi..ceh wah...nyanyi lah pulak...hehehe....saja nak senangkan hati yang sememangnya rasa tertekan juga...sebab aku mahu kan yang terbaik pada misi ku kali ni.... 
 
 
Macam-macam aku siapkan, bersihkan kamera, periksa peralatan, catatkan gambar2 yang perlu diambil. Buku catatanku ni...dah berbaris-baris tulisanku dari beberapa hari yang lepas...aku tidak mahu ada apa-apa yang tertinggal nanti...