Sunday, January 30, 2011

Konvoi Genting

Pagi ni kami semua bersiap-siap nak ke puncak genting....brrrrr sejuknya nak mandi...satu bilik air ja yang ada air panas. Rebut-rebut dengan kanak-kanak rebina.eeeee pening kepala aku ni. Dalam kelam kabut tu, masih ada gak yang sedang nyenyak tidor rupa-rupanya...
Pada malam tu, aku tak dapat nak tidor awal. Tenggok dorang tu.., masih lagi meriah. Aku ambik kamera dan keluar. Aku nak rasai suasana malam. Jika ada idea yang datang..., ok jugak tu. Dalam pada aku melayan suasana malam tu...Aku nampak satu objek...Lampu dan Malam. Terang dan Gelap. Ada maksud yang tersirat tu... 
Aku terpanggil untuk ke atas sana.., malam tu sejuk sangat2. Langkahku terhenti pada satu sudut kolam renang. Dalam terang cahaya lampu tu.., aku rakamkan foto2. Ntah apa lah yang aku rakamkan tu..terasa kosong ja jiwa. Di tepi kolam tu aku menyusun langkah demi langkah kakiku. Tetiba, kaki terhenti! Eh, ok gak ambik gambar kakiku...hehehe. takde idea....
Pagi tu...., sementara menunggu dorang semua ni bersiap-siap...aku tenggok si Syafiq sedang beri makan si tupai. Ramai lah peminat2 nya. Ada yang geram2 nak pegang, ada yang geli dan macam-macam lagi lah. Aku sekadar melihat ja telatah dorang tu...lambat lagi lah ni untuk ke puncak Genting......boringggg
Aku lepak kat luar...sambil-sambil tunggu dorang bersiap...aku mundar mandir lah tenggok apa-apa yang menarik. Banyak juga bunga-bunga yang menghiasi tempat penginapan ni. Cantik ja bila dah diabadikan untuk gambar kenanganku di sini.

Menarik pokok ni....Aku suka tenggok. Macam ada sesuatu ja disebaliknya...tapi apa ye? Mesti lah cerita tentang pokok..    
Setelah sekian lama aku menunggu dorang tu bersiap-siap.., akhirnya dapat lah kami bertolak. Aku masih lagi risaukan tentang kereta aku ni. Sempot2 ja....walaupun kereta aku tu camtu.., masih lagi dapat kejar mengejar dengan dorang ni. Aku potong, dia potong. Aku potong, dorang lak potong...wah meriah tu...Aku nak potong lagi...,tapi tak jadi.! Nun di sana aku nampak sebuah lori dah tergolek. Takut, seram dan insaf. Potong memotong kami telah lupakan...Pandu lah secara berhemah. heheheheh...tau pun takut!!!!
Bila dah panjat memanjat bukit ni..., keretaku dah semakin sempot. Sampai satu tempat tu....tiba-tiba Cekebabooooommmmmm bunyi satu letupan yang amat kuat. Cermin depan kereta dah memutih. Aku terpaksa memberhentikan kereta kat tepi jalan...semua geng-geng yang lain tu pun ikut sama. Dorang semua meluru kepadaku. Si Apiz, Ustaz, Amin dan Wan nampak cemas, tapi aku masih tetap Cool ja. Dalam hati ni....tuhan ja yang tahu.
Ke hulu ke hilir gak aku mencari air untuk ku penuhi tangki kereta. Rupa2nya hose tangki air yang tercabut. Kereta tu masih boleh gerak. Cemas amat cemas...tapi dah rasa lega. Fuuuh!!!
Letih aku berjalan...
Ni masa bak kanak-kanak rebina tu semua naik kereta kabel. Sempat lagi nak posing-posing. Ada sorang si kenik tu, nangis-nangis tak mahu naik...menjerit-jerit cam dirasuk...kecoh lah tempat tu...Akhirnya naik gak...tapi muka memang pucat...heheheh  
Berkabus tebal sepanjang perjalanan ke puncak Genting tu. Gambar ni dirakamkan oleh si Syafiq. Aku dan geng g ngan kereta...Jumpa kat puncak sana...
Dah penat-penat ngan kereta sempot.., aku, ustaz dan wafi sempat lagi urut badan. Memang best ja. Hilang gak lengguh2 badan. Rasa cam nak terlena dibuatnya.. 
Berposing ramai-ramai. Sian lak, aku tak dapat nak posing sama...
Ni berposing masa dah nak balik. Macam-macam aksi. Hanya inilah yang ok sikit dari yang tak ok tu. Macam-macam ragam...
Malam tu aku amat kepenatan...makan malam pun aku rasa cam takde selera. Rasa ja cam takde selera, tapi makan bertambah-tambah gak...hehehehe. Sambil-sambil lepak tu.., aku keluar bersama kamera ku..Waaaah, umah sebelah ada moto besar laaa...teriak ku..Dorang yang dari tadi asyik dok melayan kepenatan tu.., terkejut. Masing-masing keluar dan tinjau-tinjau moto tu. Alang kah  bestnya dapat naik moto ni...tapi boleh ke aku bak moto ni????

Malam-malam terakhir aku di Genting...Banyak kenangan. Malam tu, walaupun badan rasa penat sangat, tapi aku tak dapat nak lelapkan mata. Walaupun malam kian semakin tua, kemeriahan dengan gurau senda famili sentiasa kedengaran. Aku memerhati kan saja telatah dorang tu dari sudut ruang tamu. Terkebil-kebil melayan mata yang sukar untuk tidor...dari jauh aku tenggok warna-warna malam di Genting. Menarik suasana malamnya.....Sekian... 

No comments:

Post a Comment