Sunday, January 23, 2011

Penyelamat Yang Diselamatkan II

Sambung lagi cerita....Masih lagi kat Genting. Penat sangat, dah drive dengan amat berkhemah ni. Berkonvoi dengan kereta lak terbatuk2. Sempot keretaku datang lagi rupanya. Ni lah sebahagian anggota famili lepak2 sambil sembang2 ntah hujung pangkalnya. Aku memerhati ja dari sudut rumah tu..saja tak nak campur. Dah dapat tidor jap tadi, dah mula segar...tapi perut lak bernyanyi riang..nak makan, nak makan, nak makan...  
Banyak juga barang2 yang kami bawa. Aku tinjau2 kalau2 ada makanan segera yang boleh aku makan. Kalau nak tunggu si tukang masak Chef2 kehormat ni..., tak tahu lah bila nyanyian perut ku ni boleh senyap. Sabar2... 
Sambil2 tunggu makanan disiapkan, aku terpandang si Syafiq...Apa yang ditenggoknya??? Telah menarik minat aku nak tahu apa yang dilihatnya. 
Tenggok apa tu Fiq, tanyaku memang nak kepastian. Harap2 ada yang menarik...Syafiq buat tak dengar ja pertanyaanku...dengar ke, tak dengar ke..aku tak pasti dengan si Syafiq ni..tiba2, Cuba chik zaki tenggok nun kat sana tu..Syafiq bersuara setelah sekian lama aku bertanya......
Apa fiq, tanya ku bersungguh nak tahu...Cuba chik zaki tenggok tu..,orang2 yang sedang bergayut..macam tersangkut ja....tenggok betul2..Syafiq mula nampak cam cemas lak...Aku perhatikan di tenggah2 gaung tu ada orang sedang melajani latihan flying fox...memang betul ada yang dah terhenti di tenggah gaung tu....Wah, camna lah tu perasaan orang tu ye...pompuan lak tu..mesti cemas sangat2. dari jauh tu pun, jelas kedengaran menjerit2 meminta tolong...

Masa gambar ni dirakamkan, peserta tu dah bergayut di tenggah2 tu hampir 20 minit. Masih belum mendapat bantuan lagi. Memang cepas masa, dari jauh kelihatan pihak pengurusan hotel kelam kabut ja.

Dalam masa 30 minit, pihak pengurusan hotel telah menghantar bantuan, tapi penyelamat tu pun turut tersekat gak..wah makin cemas jadinya...kabel tu hanya mampu menanggung beban untuk 2 orang pada satu2 masa....Kami yang melihat kejadian tu pun cemas ja. mintak2 lah takde terjadi apa2 yang tidak diingini.... 
 Sudah 1 jam kedua2nya tersangkut di tenggah2 gaung tu., masih belum ada pasukan bantuan. Pelatih pompuan tu ditenangkan oleh penyelamat yang turut sama perlukan bantuan... 
 Sudah 1 jam 30 minit...dorang masih lagi tersekat disitu. Pihak hotel masih lagi buntu. Aku pun tak pasti, apa yang sedang dorang usahakan., sebab tak nampak satu apa pun pasukan bantuan..lembabnya pengurusan hotel ni...(bukan tempat aku menginap tau...).
Setelah 1 jam 50 minit, baru lah kedua2nya telah dapat diselamatkan. Kesian pada pelatih tu, kelihatan amat trauma. Aku tak sempat nak merakamkan gambarnya dari dekat kerana dia telah melarikan diri setelah nampak aku dari jauh merakamkan detik2 cemas tersebut. Mesti dia malu, terus ja melarikan diri tanpa sempat aku menemuramahnya...  
Inilah di antara kawan2 peserta yang tersangkut ditenggah2 gaung tu...
Jauh betul lah flying fox ni. Aku agak lah lebih kurang 200-300 meter jauhnya. Gaungnya lebih kurang 30 kaki. eeeeeeeeee gayat.....geli kaki ku..  
Ni Encik MA, warganegara Myanmar pekerja yang menjaga tempat flying fox tersebut. Beliau memberitahu, kejadian tu berlaku sebab tangkalnya pecah menyebabkan pelatih tu terhenti ditenggah2 gaung tu..
Nasib baik kejadian tu kira cepat gak berlalu, hari pun kian mendung. Selepas tu hujan turun renyai2...kalau lah pelatih tu masih lagi terhenti kat situ...camna lah ye. Keadaan dah makin sejuk. Aku memang tak tahan sejuk....Jom balik tenggok ada apa2 yang boleh di alas perut yang makin lapar....    

Ni lah chef2nya..Cektam n Hubbynya ustaz wari. Pandai masak, sedap di makan.

Menu pembuka selera kami semua...

Seronok makan ramai2...tak tersedar, aku dah tambah banyak kali...dorang pun terkejut tenggok aku makan. hehehehhee. lapoo le. sejuk2 lak tu. SEKIAN

Penyelamat Yang Diselamatkan

Kami sepakat ngan famili untuk ke Genting....wah semuanya seronok nak pegi sana tu...Famili kat Sentul dah berpakat tanpa pengetahuan ku..Dorang tu rancang sempena berpenat-penatan kenduri si hafiz tempohari...

Tepat pada hari yang dijanjikan.., kami mula bertolak berkonvoi 5 buah kete. Dalam perjalanan pada mulanya ok ja..tapi dah pertenggahan jalan...cam ada yang tak kena pada kereta yang aku drive. Tangki air asyik kering ja, kena selalu tambah air lak. Aku drive lah pelan2, geng2 yang kat belakang memang amat sabar mengekori keretaku. Risau gak dorang tu kalau2 kereta ni terus sempot dan mogok. Namun akhirnya sampai gak ke tempat yang dituju...syukur lah..
Ni lah tempat kami menginap..dah lupa dah nama tempat tu... Memang amat selesa. Tu lah kereta2 kami berkonvoi tu. Esok tu, kami sepakat nak naik ke puncak Genting lak..ngada lak, keretaku dah sempot2 cam tak cukup nafas. Boleh ke ni? Tenggok lah esok camna. Harap2 semuanya akan ok. Dalam hati dok riang melayan kanak2 rebina dan remaja serta mak bapak yang dah terlebih remaja..., hati ku terdetik gak...kereta cam tak ok ja nih....eeeeeee.


Bersemangat mengangkat barang2 si Syafiq ni...Nampak sangat pada wajah2 dorang dengan kegembiraan. Meriah dengan riuh rendah usik mengusik. Si Tok Wan penin kepala...lantak korang lah weh...malas nak layan.
  Si Sukri ni lak sedang bengang ja ni...asyik kena arah2 dek Tok Wan..Cam askar lak si Tok Wan mengarah anak2 dan cucu2 nya...Si Wan lak, relek ja... 
Aku dok diam2 ja, risau dan lapar. Biar lah dorang bising2...bila dah penat nanti senyap lah tu. Eh, betul ke dorang ni senyap? setahu aku, memang dorang tak kan senyap selagi mata tu tak tertutup. Hai, biar je lah dorang nak buat apa pun...yang pentingnya jap lagi aku dapat tidor. Bising ke, tunggang langgang ke, lantak lah....Aku nak layan mataku yang kian kecik dan makin kecik....zzzzzzzzzzz.


Wednesday, January 12, 2011

Tanam cili

Aku masih ingat lagi, minggu lepas En. Benie ajak ke RPD. Bila sebut ja RPD tu..., nostalgia ku semasa kerja kat sana masih segar lagi...Tempat tu lah bermulanya kerjayaku buka kelas seni lukis dan grafik...Aku ngajar murid2 tua dan degil2. Dari pelajar yang seramai 10 orang dan seterusnya bertambah kepada 35 orang. Aku penah dapat tunjuk ajar oleh sorang cikgu yang hebat iaitu cikgu Hj Mohd Sani Md Dom. Dah lama tak jumpa dengan beliau.....apa lah khabaran nya..
Pagi tu En. Benie telah mengajak aku untuk ke RPD tu..., aku pergi untuk ambik gambar ja. Luas gak tapak penanaman tersebut...dah banyak perubahan nya. dah tak sama cam dulu.. dah cantik dah tempatnya.

Ni lah peserta kursus penanaman cili. Semuanya berminat untuk menimba ilmu tentang penanaman cili yang bersistematik. Kelas teori nya yang tidak membosankan dengan latihan praktikal secara individu dan berkumpulan.....meriah tu... 
Tenggok cara menyusun bata2 tu..., perlu ada ketelitian dan skilnya. Silap2 susun nanti jadi jambatan lak..heheh. sori gurau ja beb...   
                                                                                                                                                              Sistem pengairan siap dipasangkan pada setiap polybag...jadi tak perlu lah membuat siraman secara manual seperti yang diamalkan oleh pekebun2 sayur dulu2. dari situ dah jimat masa dan tenaga....


Tangki air untuk sistem pengairan yang mempunyai penetapan masa (timer). Para peserta diberikan penerangan secara jelas oleh tenaga pengajar.
Peserta kursus sedang menyediakan pembajaan berkala  untuk pokok2 cili..... 



 Penyediaan kayu penyokong dengan tali akan diikat pada kayu tersebut merentangi tapak semaian cili.....
 Anak2 pokok cili akan ditempatkan di polybag...


En. Benie sedang melawat tempat penanaman cili....


 Memang mendatangkan hasil yang lumayan rupa2nya....


Pokok cili ni telah menampakan hasilnya....













Setiap satu pokok cili, akan mengeluarkan hasil sebanyak 2kg....











Tenggok pada hasilnya..., memang tak rugi jika kita ni berbudi pada tanah...lihatlah hasilnya...kita boleh nilai sendiri...

Tuesday, January 11, 2011

Persiapan Kembara

Tahun 2011 ni aku mulakan dengan kembara ku ke selatan. Aku ditugaskan untuk menggambil gambar tentang produk, aktiviti, galeri dan pelbagai lagi. Aku ke selatan bukan kesorangan, tapi bersama rakan sejawatku iaitu apis, zura dan ablu lu lohin. Aku amat berharap sangat2, misi kali ni akan dapat memenuhi citarasa ku dan kehendak boss ku. Aku amat suka dengan tugasan kali ni walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah nanti....tunggu dan lihat..apa nak jadi, apa nak jadi..ceh wah...nyanyi lah pulak...hehehe....saja nak senangkan hati yang sememangnya rasa tertekan juga...sebab aku mahu kan yang terbaik pada misi ku kali ni.... 
 
 
Macam-macam aku siapkan, bersihkan kamera, periksa peralatan, catatkan gambar2 yang perlu diambil. Buku catatanku ni...dah berbaris-baris tulisanku dari beberapa hari yang lepas...aku tidak mahu ada apa-apa yang tertinggal nanti...